Wednesday 17 October 2012




Kisah Bermula Tanggal 31 ogos 2012,aku diterbangkan dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Perjalanan mengambil masa dalam setengah hari untuk sampai ke Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota. Sebagai wakil bumiputra Sarawak,aku berterima kasih kerana adanya pengangkutan seperti kapal terbang yang boleh begerak pantas. Seandainya tidak ada kemudahan seperti itu,kemungkin besar aku perlu menaiki kapal layar ataupun kapal wap ataupun kapal MS Titanic dan yang seangkatan denganya untuk sampai ke bumi Kelantan. Aku berasal dari utara kepulauan Borneo iaitu kawasan pertengahan antara Negara Brunei Darussalam dan negeri Sabah. Pengalaman pertama ku sampai ke bumi Kelantan,sungguh tidak pernah terlintas dalam benak ku. Perimeter kehidupan ku berubah 360 darjah dimana aku banyak mempelajari benda baru dalam kehidupan ku. Persekitaran disini amat berbeza jika dibandingkan dengan tempat kelahiran ku. Perbezaan dapat ku rasai dari segi bahasa pengantaraan, rupa paras penduduk tempatan, citarasa makanan, budaya, dan bentuk pergaulan. Satu perkataan yang terlintas dalam fikiran ku jika di sebut mengenai negeri Kelantan ialah Islam. Kembali ke pangkal jalan,sekarang aku sudah sampai ke suatu tempat yang baru lagi. Begitu la cara hidup ku. Hendak di pendekkan cerita,hidup ku penuh dengan nasib. Mungkin esok aku akan pergi ke tempat lain pula dengan nasib aku yang lain lagi. Siapa yang tahu. Perkenalkan diriku Awangku Hafiz.